Pelakon Datuk Afdlin Shauki berkongsi tahap kesihatan emaknya, Fadzilah Jelani yang semakin merisaukan dirinya.

Menerusi entri di Instagram, Afdlin berharap agar emaknya kembali sihat seperti biasa selepas menjalani pembedahan pada bulan ini.

"Semalam lepak dengan bonda setelah lama fokus kerja. Buat pertama kali aku melihat mak dengan perasaan helpless dan uselessnya aku ni.

"Mak cakap dia rasa penat dan tak bermaya. Aku tak tahu nak buat apa. Aku lihat ketidakselesaan di mata beliau, aku tak tahu nak buat apa.

Semalam lepak dgn bonda setelah lama fokus kerja. Buat pertama kali aku melihat mak dgn perasaan helpless dan uselessnya aku ni... mak cakap dia rasa penat dan tak bermaya.... aku tak tahu nak buat apa. Aku lihat ketidakselesaan di mata beliau... aku tak tahu nak buat apa. Habis kuat boleh cakap “ mak dah makan ubat? ... mak rehat tau!”... itu aja aku mampu cakap kepada ibu yg telah memberikan segala-galanya pada ku... di penghujung malam aku dan anakku beredar dari rumah mak tapi semalaman aku berfikir tentang mak... macam mana nak bantu mak. Aku nak mak baik sihat kembali, supaya dia boleh marah aku lagi.... Bypassnya di jadualkan pada bulan oktober ni. Aku berharap dan berdoa, Allah boleh mengurangkan beban dan permudahkanlah situasi mak nanti.... aku betul-betul rasa tak berguna sekarang.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


"Habis kuat boleh cakap “mak dah makan ubat? mak rehat tau!”. Itu aja aku mampu cakap kepada ibu yang telah memberikan segala-galanya pada ku.

"Di penghujung malam aku dan anakku beredar dari rumah mak tapi semalaman aku berfikir tentang mak. Macam mana nak bantu mak. Aku nak mak baik sihat kembali, supaya dia boleh marah aku lagi.

"Bypassnya di jadualkan pada bulan oktober ni. Aku berharap dan berdoa, Allah boleh mengurangkan beban dan permudahkanlah situasi mak nanti. Aku betul-betul rasa tak berguna sekarang," tulisnya.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya emaknya kembali pulih dan sihat seperti biasa.