Walaupun mengetahui Fadzil Zahari tidak gemarkan makanan pedas, pelakon Yana Samsudin telah memaksa suaminya untuk mencuba juga Sambal Totok yang dimasaknya.

Menurut Fadzil, dia agak kekok untuk makan makanan pedas pada mulanya, tetapi Yana akan menyediakan Sambal Totok setiap hari dan ia merupakan hidangan wajib yang perlu ada di atas meja.

"Kerana sayangkan isteri, saya turutkan sahaja permintaan Yana untuk mencuba Sambal Totok yang dia buat. Lama-lama dah biasa makan sebab setiap hari ia akan ada di atas meja," katanya menerusi program Resepi Memikat Suami (RMS) episod petang ini.

Episod ke-lapan RMS menyaksikan Yana menyediakan dua menu iaitu Nasi Jagung Ayam Panggang dan Strawberry Smoothies.

Pelakon berlesung pipit itu juga kelihatan bersahaja dan tidak kekok ketika menyediakan hidangan kepada suaminya.

Kemahiran Yana itu mungkin kerana dia sudah biasa membantu ibunya berniaga di kedai makan sejak berusia 10 tahun dan dia juga sudah biasa memasak untuk dirinya dan keluarga sejak remaja lagi.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Fadzil nampak sedikit berisi setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Nak tahu apa lagi yang menarik tentang Yana dan Fadzil, jangan lupa saksikan RMS hari ini jam 6.30 petang di Astro Ria dan Ria HD.

Sebelum itu, anda boleh mendapatkan resepi penuh RMS di aplikasi SUUDU dalam telefon pintar yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.

Anda boleh klik di ruangan TV Show; Resepi Memikat Suami, yang bertindak selaku one stop centre untuk segala resepi yang menarik dan ringkas.