Tempoh berpantang pelakon Ummi Nazeera selepas bersalin anak sulungnya hujung Ogos lalu akhirnya berakhir.

Namun, ucapan manis dan makan malam romantis suami Ummi, Dr. Izzar Anwari baru-baru ini lebih membuatkan ramai yang cemburu.

Izzar menerusi perkongsian di Instagramnya memberitahu banyak perancangan majlis yang disusunnya bersama Ummi gagal dilaksanakan ekoran keadaan isterinya yang tidak mengizinkan sepanjang tempoh hamil.

"Isteriku sudah tamat berpantang. Banyak ye dugaan semasa mengandung dan nak masa nak lahirkan Ayra dulu.

"Masa mengandung ada placenta previa, so kena rehat kat rumah je. Kalau keluar pun untuk pergi followup hospital.

"Anniversary kahwin, birthday celebration Ummi dan saya, baby shower, gender reveal semua celebration yang kitorang plan tak dapat nak buat sebab tak boleh.

"Masa bersalin pun kena operate emergency. Mentally challenging juga untuk wife saya. Namun alhamdulillah dia berjaya menempuh semua dugaan dengan baik," tulisnya bersama sekeping foto makan malam bersama Ummi.

Sambutan ringkas itu jelas Izzar sebagai menghargai pengorbanan dan susah-payah Ummi sepanjang bergelar ibu.

"Thank you sayang, this is the least I could do.

"A simple celebration for what a wonderful mother and wife u have been.

"Welcome back to civilization. Dah lima bulan terperap kat rumah tu. Jom keluar KL," tambahnya.

Alhamdulillah.Isteriku sudah tamat berpantang.Banyak ye dugaan semasa mengandung dan nak masa nak lahirkan Ayra dulu.Masa mengandung ada placenta previa, so kena rehat kat rumah je.Kalau keluar pun untuk pergi followup hospital.Anniversary kahwin, birthday celebration Ummi n saya, baby shower, gender reveal semua celebration yang kitorang plan tak dapat nak buat sebab tak boleh.Masa bersalin pun kena operate emergency.Mentally challenging juga untuk wife saya.Namun alhamdulillah dia berjaya menempuh semua dugaan dengan baik.Thank you sayang, this is the least I could do. A simple celebration for what a wonderful mother and wife u have been.Welcome back to civilization.Dah 5 bulan terperap kat rumah tu. Jom keluar KL.Yezza p/s: sorry @ayra.aneesah mummy n daddy tinggal keluar dating jap semalam.We love you. ❤

A post shared by Izzar Anwari (@izzar) on


Ummi dan Izzar telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah, 2 bulan.