Penyanyi Rap, Altimet berkongsi pengalaman apabila mintanya terhadap muzik Hip Hop sering dipandang serong oleh kawan-kawannya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Altimet mengakui kagum apabila masyarakat kini lebih terbuka untuk menerima sesuatu yang baharu malah lagu yang disampaikan olehnya diterima oleh kanak-kanak.

"Jauh perjalanan muzik hiphop kat negara ni. Hujung minggu lepas masa aku bawak lagu #Bunga kat #orchidrunride2018, Adik Hamzah ni join aku nyanyi sekali.

"Boleh kata satu lagu ah dia hafal. Mak dia yang galakkan dia naik pentas dan tunjuk bakat dia.

"Zaman aku Baha Hamzah ni, rata-rata mak dan ayah semua kata lagu rap ni merepek la, bukan muzik la, macam-macam la. Kat sekolah, majority member layan rock, 2-3 kerat je layan hiphop, memang jadi kambing hitam ah.

Jauh perjalanan muzik hiphop kat negara ni. Hujung minggu lepas masa aku bawak lagu #Bunga kat #orchidrunride2018, Adik Hamzah ni join aku nyanyi sekali. Boleh kata satu lagu ah dia hafal. Mak dia yang galakkan dia naik pentas & tunjuk bakat dia. Zaman aku Baha Hamzah ni, rata2 Mak ayah semua kata lagu rap ni merepek la, bukan muzik la, macam2 la. Kat sekolah, majority member layan rock, 2-3 kerat je layan hiphop, memang jadi kambing hitam ah. Dulu dulu dah habis, makin lama genre ni makin diterima orang kita. Bukan senang nak kenalkan benda baru, guys. So aku nak salute semua pelopor2 hiphop kat Malaysia ni. Terima kasih sebab bukak pintu untuk yang seterusnya. Yang seterusnya pulak, jangan lupa bukak pintu baru untuk mereka yang akan datang. Terima kasih. 27/09/18, guys. 2 bulan lagi. #cakapterang

A post shared by Altimet (@altimet) on


"Dulu-dulu dah habis, makin lama genre ni makin diterima orang kita. Bukan senang nak kenalkan benda baru, guys. So aku nak salute semua pelopor2 hiphop kat Malaysia ni. Terima kasih sebab bukak pintu untuk yang seterusnya. Yang seterusnya pulak, jangan lupa bukak pintu baru untuk mereka yang akan datang," tulisnya.

Rata-rata mengakui kagum dengan kejayaan yang dilakukan oleh Altimet dalam memperjuangkan muzik Hip Hop di negara ini dan mereka berharap dia dapat menghasilkan muzik yang lebih baik pada masa akan datang.