Putera sulung kepada pelakon Fatin Afeefa, Adam Aisy Arrian baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang keenam baru-baru ini.

Namun apa yang menarik perhatian ialah ucapan sweet Fatin kepada anak kesayangannya itu.

Kata Fatin, sebagai ibu tiada hadiah yang paling istimewa dalam hidup melainkan saat kelahiran cahaya matanya.

“Pada 26 September, saya telah menerima hadian yang paling bermakna dalam hidup saya. Di saat kamu dilahirkan, hati ibu sudah menjadi kepunyaan kamu.

“Ibu akan sentiasa menyanyimu dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menandingi kasih saying ibu terhadap kamu anakku.

“Selamat ulang tahun, nyawaku,” tulisnya di akaun Instagram.

Ucapan itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan wajah Fatin yang sedang tersenyum ketika Adam mencium pipinya.

To the one who made me a mom: On September 26th, years ago, I received one of the best gift I could ever received. My life. My dreams for tomorrow. From the moment you were born my heart was yours. I will always love you and there is nothing that could ever destroy my love for you. Nothing could make me love you less, my son. Cheers to my loving, warm and compassionate baby Libra! Selamat ulangtahun, Nyawaku. #LibraBaby #mytiger??

A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on

Dalam pada itu, entri tersebut juga telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat hari jadi daripada pengikutnya selain mendoakan anak lelakinya itu membesar dengan sihat.

Terdahulu, Fatin dan suaminya pelakon, Adam Shahz telah mendirikan rumah tangga dengan pada 21 Disember 2013.

Bagaimanpun, pasangan ini bercerai pada 30 Mei 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia, 3.