Penyanyi Ezlynn Ariffin meraikan hari jadinya ke-37 hari ini di Pusat Perubatan Ampang Puteri selepas menjalani pembedahan pada bahagian lutut kiri dan kanan dua hari lalu.

Menurut Ezlynn, pembedahan itu sepatutnya dilakukan pada bulan lalu namun kerana jadual terlalu padat temujanjinya ditukarkan pada 25 September lalu.

"Saya baru membuat persembahan penutup Sukma 2018 baru-baru ini dan sekarang baru sempat untuk membuat temujanji dengan pihak hospital.

"Alhamdulillah pembedahan kecil pada kedua-dua belah lutut kiri dan kanan saya berjalan lancar.

"Doktor melakukan endoskopi dan membersihkan bahagian lutut saya.

"Sebenarnya masalah ini bukan baru, sebelum ini pun saya mengalami kerosakan lutut pada bahagian cartilage kerana gel pada bahagian itu sudah kering dan menyebabkan tulang sakit ketika bergesel," katanya ketika dihubungi Gempak.

Pelantun lagu Hi Hi Bye Bye itu turut merakamkan ucapan terima kasih dan terharu atas ucapan dan doa yang diberikan sempena hari jadinya.

"Tak sangka saya menerima banyak ucapan daripada kenalan dan peminat yang turut mendoakan kesejahteraan serta kesihatan saya.

"Sempena usia baru ini, saya berharap agar segalanya berjalan lancar dan single baharu saya, Goyang, mendapat sambutan ramai," tambahnya.

#birthday #KPJ #warnermusicmalaysia #prubsntakaful #prubsn Thanks Warner Music Malaysia @warnermusicmy for this lovely bouquet ,thank you @syaz83 for being the best agent ,life made easy with you as my prubsn agent .. last but not least .. thanks to all KPJ ampang Puteri’s doctors and nurses @kpjampangputeri for being very helpful and sweet!! Thanks for the gift..??❤️

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin) on


Ezlynn masih dirawat dan melalui proses fisioterapi sebelum dibenarkan pulang dua hari lagi.

Dalam perkembangan lain, Ezlynn bakal melancarkan single terbaharu berjudul Goyang pada awal November depan.