Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 hari ini.

Menerusi entri di Instagram Meletop, Nabil telah mendapat kejutan awal sempena ulang tahun kelahirannya ketika program berlangsung semalam.

Awwww sweet nyaaa! ? Rupanya @zira.ayub datang untuk surprise kan @nabilzira lah! Haaa terkezut ke tidak Nabil? ? #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on


Isteri Nabil, Zira Ayub bersama dua orang anaknya, Nayla Mikayla dan Layla Medina turut hadir ke set Meletop untuk meraikan detik istimewa itu.

Hahaha amboi @nabilzira over nau nau! ? Apa apa pun, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & sentiasa bahagia disamping keluarga! ❤️ #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on


Situasi itu menyebabkan hos Meletop itu kelihatan terkejut dengan kehadiran ahli keluarganya.

Rata-rata pengikut turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Nabil.