Penyanyi Liza Hanim akui tiada siapa mampu menandingi karisma komposer Irama Malaysia popular, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dalam dunia seni.

Menurut Liza, Pak Ngah merupakan seorang yang sangat menyenangkan dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

“Innalillahiwainnalillahirrojiun.... Masih teringat awal-awal ketika bertanding Golden Teen Search, setiap minggu akan ke studio arwah Pak Ngah untuk latihan.

“Kali terakhir bertemu arwah di dalam kapal terbang awal tahun ni... Seorang yang sangat sarat pengalaman dan tak lokek ilmu. Semoga Allah S.W.T menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya. Al-Fatihah...” tulisnya menerusi entri terbaru di Instagram pada Selasa.

Innalillahiwainnalillahirrojiun.... Masih teringat awal awal ketika bertanding Golden Teen Search, setiap minggu akan ke studio arwah Pak Ngah untuk latihan.... kali terakhir bertemu arwah di dalam kapal terbang awal tahun ni... seorang yang sangat sarat pengalaman dan tak lokek ilmu. Semiga Allah Swt menempatkan beliau di kalangan orang orang yang dikasihiNya Al-Fatihah...

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on

Selain Liza, antara artis yang turut terkesan dengan pemergian Pak Ngah adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Syura, Siti Nordiana, Siti Sarah Raissuddin dan ramai lagi.

Terlalu banyak pengalaman saya bersama dengan nya .. terima kasih di atas segala ilmu yang pernah dicurahkan, serta segala nasihat yang diberikan sepanjang hayatmu ... tenanglah pak ngah @pakngahsuhaimi di sana.. al-fatihah ???

A post shared by Syura Badron ???? (@syurabadron) on

Pak Ngah dikenali sebagai komposer dan pengarah muzik irama tradisional dan pop etnik.

Antara karya hebat ciptaan Pak Ngah adalah Nirmala (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Dikir Puteri (Noraniza Idris) dan lagu Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami) yang popular di Indonesia.

Foto: Goole/ Instagram @lizahanim79