Pelakon dan pelawak Joey Daud akhirnya memutuskan untuk mencipta akaun peribadi Instagram selepas program Super Spontan Xtravaganza berakhir.

Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud mula menggunakan aplikasi itu sejak 22 September lalu.

"Aku kerja untuk hidup, tapi aku hidup bukan untuk kerja.

"Assalamualaikum warga Instagram," tulis Joey.

Akaun yang menggunakan nama @joey_daud itu sehingga kini memuatkan 13 keping foto dengan jumlah pengikut lebih 3,000.

Pelawak Achey Bocey juga sempat mempromosi akaun Instagram itu menerusi Instagramnya hari ini.