Big Stage Menjadi Platform Kepada Sarah Suhairi

Hiburan
Big Stage Menjadi Platform Kepada Sarah Suhairi
Penyanyi Sarah Suhairi, 18, mengakui konsert Big Stage menjadi platform kepada dirinya untuk mengembangkan bakat dalam nyanyian.

Menurut Sarah, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk memasuki pertandingan nyanyian ini.

"Sepanjang berada dalam pertandingan ini, saya memang mengharapkan Big Stage menjadi satu platform untuk mengembangkan lagi bakat yang ada dan mencuba perkara baru.

"Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk memasuki pertandingan ini," katanya.

Sarah ditemui selepas Konsert Akhir Big Stage musim pertama di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MSBA), Selangor.

Ketika ditanya mengenai dakwaan dia menjadi peserta kesayangan juri tetap, Faizal Tahir, Sarah mempunyai jawapan sendiri.

"Saya tidak merasakan isu peserta kesayangan kepada Faizal menjadi kelebihan kepada diri ini apabila dinobatkan sebagai juara.

"Semua orang sudah buat yang terbaik malah pertandingan minggu akhir ini diadili oleh empat orang juri untuk menentukan siapa pemenang," katanya kepada Gempak.

Sarah telah diumumkan sebagai juara rancangan realiti baharu Big Stage musim pertama.

Sarah berjaya merangkul wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini disiarkan secara langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini. 

Artikel Berkaitan