Pelakon Amanda Misbun mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Menerusi Instagram peribadinya, adik kepada pelakon popular Haliza Misbun itu berkongsi sekeping foto imbasan ultrasound hari ini.

"Hi there, lil one! We can see you swimming in mommy's tummy!" tulisnya bersama sekeping foto kedua-dua anaknya memegang foto imbasan ultrasound itu.

Hi there, lil one! We can see you swimming in mommy's tummy! ? #qisyahz #abdulkhaliqhz #10weeks

A post shared by ms. amandamisbun ? (@amandamisbun) on


Amanda kembali popular menerusi drama Cinta Bukan Kristal lakonan bersama Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad baru-baru ini.

Pelakon itu telah mendirikan rumah tangga bersama Hairulzain Fauzi dan dikurniakan dua cahaya mata, Qisha dan Abdul Khaliq.