Mesti ramai suami yang mahu memberi kejutan istimewa sempena hari jadi isteri seperti mana dilakukan suami pada selebriti terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim yang menerima sekotak bunga ros.

Azrinaz berkongsi kisah peribadinya itu menerusi akaun Instagramnya, @azrinazmazharhakim baru-baru ini.

Ujarnya, dia yang baru pulang dari Pulau Pinang menerima hadiah istimewa itu di atas katil.

"Dalam kehidupan saya kini, tiada perkara lain yang saya minta selain cinta mendalam, kesetian tanpa keraguan dan mengambil berat tanpa penghujung," katanya.

Azrinaz memberitahu pengalamannya menyambut hari jadi kali ini suatu yang istimewa kerana ia adalah pertama kali dia dan suami menyambutnya bersama.

"Perjalanan kami baru saja bermula dan semoga kami berdua hidup bahagia dengan redha Allah," katanya.

Came back home from Penang and saw this on my bed.. A box full of roses ? Thank you sayang for this surprise ? In my life now, theres nothing else that I ask except for passionate love, undeniable loyalty and endless caring. Its our first birthday together as husband & wife. Our journey just started and may we both live happily with the blessing of Allah SWT. I love you so much too! - Mula2 macam nak merajuk sebab tak dpt ? last night.. rupanya ada menunggu atas katil dirumah #layyoudownwiththebedofroses ??? #23sept

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on


Status bekas personaliti TV popular itu turut menerima pelbagai ucapan selamat hari lahir daripada netizen.

"Happy besday azrinazmazharhakim .. semoga berbahagia hingga jannah. Amin," kata @normiisma.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @azrinazmazharhakim