Menerusi entri di Instagram,

Aktres Zila Bakarin telah memuat naik sekeping foto dirinya beserta kapsyen yang mengundang tanda tanya netizen di laman Instagram.

Foto yang dimuat naik umpama memberikan bayangan yang dia baru sahaja mengalami keguguran.

"Inilah takdir-Nya, Allah Maha memahami, tunggu mama disana ya," tulisnya ringkas.

Biarpun tidak mengesahkan khabar tersebut, beberapa netizen mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah terhadap Zila.

"Takziah Kak Zila, insya-Allah ada rezeki lain menanti," kata seorang pengguna Instagram.

"Innalillah, Takziah Kak Zila," tulis beberapa netizen.

inilah takdirnya.. Allah maha memahami... tunggu mama disana yea.. #Redha #kerjatuhan #anaksyurga #bukanrezeki

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on


Zila telah mula mendirikan rumah tangga bersama suaminya Azri Izhar pada tahun 2008 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Kaseh, 9, dan Chinta, 6.