Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi berita sedih apabila bapa saudaranya yang dikenali sebagai Mohd Rizwan maut selepas tersepit antara sebuah lori dan kontena.

Menerus entri di Instagram, Shakilla mengesahkan bahawa berita yang disiarkan di sebuah portal itu melibatkan bapa saudaranya.

"Berita ni pakcik saya" tulisnya ringkas berserta gambar ketika kemalangan berlaku.

• Berita ni pakcik saya. . . Al-Fatihah.

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on


Rata-rata mengucapkan takziah kepada Shakila dan keluarga serta berharap mereka tabah menempuhi dugaan ini.

"@oliehakimi07: Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh & berakhlak mulia. Al Fatihah. Amiin. Salam takziah @shakillakhoriri."

"@fateha_alwi: Salam takziah untuk berita ni. Semoga semua family kuat serta tabah."

"@leadeluna: Innalillahiwainahirajiun sedihnya arwah sedang baiki kenderaan tu tiba-tiba kepala kontenan bergerak. Tengah cari rezeki. Allahuakhbar."


Semalam seorang lelaki tempatan maut selepas tersepit antara sebuah lori dan kontena di Jalan TNB, 1/5 Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Pada kejadian 10 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Rizwan, 36, meninggal dunia di lokasi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang membaiki lori itu dan secara tiba-tiba kenderaan berkenaan bergerak.