Bekas isteri kepada bekas anggota kumpulan U-KISS, Dongho meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir netizen yang memberikan komen simpati terhadap anaknya berikutan kes penceraian mereka.

“Kenapa kata anak saya menyedihkan? Saya akan besarkan anak saya dengan menjadi orang yang paling gembira di dunia.

“Apa yang mereka tahu dengan berkata anak nasib anak saya menyedihkan? Saya boleh bertahan dengan semua perkara tetapi tidak dengan apa yang mereka katakan kepada anak saya.

“Jangan bising kalau anda tidak tahu apa-apa. Saya harap apa yang mereka katakan kepada anak saya berlaku kepada mereka,” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagramnya.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan anak pada Jun tahun yang sama.

Bagaimanapun Dongho dan bekas isterinya dilaporkan bercerai pada 20 September lalu disebabkan tidak sefahaman.

Sumber: Soompi/Allkpop