Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis mengesahkan bahawa dirinya menghidap kanser hati pada peringkat awal.

Menurut Balqis atau lebih selesa dipanggil Aqish berkata, keadaan kesihatan semakin pulih selepas menerima rawatan sejak akhir-akhir ini.

"Alhamdulillah, kesihatan saya semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital dan klinik.

"Saya sebenarnya mengalami masalah di hati dan sekarang ia masih di peringkat awal.

"Pada awalnya saya kerap demam dan muntah darah teruk sehingga mommy mengambil keputusan untuk membawa saya pergi ke klinik.

"Setelah melakukan sinar-X, baru tahu yang saya mempunyai masalah pada hati kerana apabila bernafas saya akan berasa sakit," katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Balqis bersama #fightcancer mengejutkan ramai pihak.

Menerusi laporan sebuah portal online, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser.

Terdahulu, Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah.