Konsert akhir Big Stage menyaksikan Sarah Suhairi dinobatkan sebagai juara dengan markah keseluruhan 66.05%.

Manakala naib juara pula jatuh kepada Syafiq Farhain diikuti tempat ketiga dimiliki oleh Afieq Shazwan.

Dua lagi bintang, Wani Kayrie dan Baby Shima masing-masing merangkul tempat keempat dan kelima.

Selain kehebatan konsert akhir semalam, para penonton di rumah pasti ingin tahu apa yang berlaku di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Di sini Gempak kongsikan kepada anda semua corat - coret semasa siaran langsung Big Stage yang tidak dapat ditonton oleh penonton di rumah:

1. Pihak produksi dan penonton telah menyanyikan lagu selamat hari jadi khas buat hos Big Stage, Alif Satar sewaktu siaran iklan.

2. Alif yang pada ketika itu sedang sibuk berbincang dengan Sherry kemudiannya berhenti dan tersenyum sambil melambai ke arah penonton sebagai tanda terima kasih.

3. Gelagat Sherry yang comel dan sporting sewaktu menyanyikan lagu ‘Bobo Di Mana’ versi remix secara spontan mendapat sorakan penonton.

4. Sewaktu menyampaikan lagu Ragaman, Faizal Tahir sedikit terganggu dengan alat ‘ear monitor’. Faizal tidak sempat untuk memasang peralatan tersebut dengan lengkap sebelum beraksi di pentas kerana tersangkut pada bahagian belakang jaketnya.

5. Mas Idayu nampaknya begitu menghayati lagu Ragaman sehingga menggoyangkan bahunya mengikuti alunan muzik.

6. Difahamkan juri jemputan Mas Idayu rupanya mempunyai fobia terhadap belon. No wonder Mas Idayu kerap terkejut dan kelihatan hampir menangis sewaktu beberapa belon dipecahkan oleh penonton.

7. Mas Idayu juga cuba menjauhan dirinya daripada terkena belon yang melantun di meja juri dan dia juga dilihat beberapa kali hampir terjatuh kerana cuba mengelak.

8. Sewaktu sidang media, Datuk Siti mengumumkan terpaksa pulang awal kerana hal yang tidak dapat dielakkan. “Aafiyah dah merengek”, gurau penyanyi kesayangan negara itu. Comel sungguhkan?

9. Guru vokal Big Stage, Ernie Zakri tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata kerana berpisah dengan bintang-bintang kesayangannya.

10. Kata Ernie dia bakal merindui momen-momen indah bersama mereka sepanjang lapan minggu program itu berlangsung.