Finalis program Big Stage, Afieq Shazwan mendedahkan ada peminat yang mahu mendekati dirinya.

Menerusi laporan HLive, penyanyi itu mengakui ada menerima mesej dari peminat yang mengajak dia bercinta.

"Saya akui perkara tersebut ada, tetapi saya sendiri kena pandai 'handle' perkara terbabit. Cuma saya tanyakan kepada peminat, berapa usia mereka?

"Kadang-kadang ada peminat berusia 12 tahun ajak couple. Saya tak tahu nak cakap macam mana dan menganggap itu sebagai satu gurauan. Saya hargai sokongan mereka dan berterima kasih.

"Peminat sangat menghargai mereka saya jadi saya kena hargai mereka, tidak kiralah peminat baru atau lama, tua atau muda kerana tanpa mereka, siapalah saya.

Selain Afieq, empat bintang yang bersaing untuk merebut gelaran juara Big Stage ialah Syafiq Farhain, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Baby Shima.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).