Asyraf Rozami Rangkul Gelaran Digital Star ERA KDU

Hiburan
Asyraf Rozami Rangkul Gelaran Digital Star ERA KDU
Baru-baru ini, stesen radio ERA melancarkan kempen Digital Star ERA KDU bagi mencari seorang bakat baharu industri hiburan yang bertujuan untuk menjadi pengacara digital dan wajah ERA yang baharu.

Lanjutan daripada kempen popular Penyampai Top ERA, Digital Star ERA KDU telah memperlihatkan peserta mengharungi pelbagai cabaran bagi memastikan bahawa mereka ini mempunyai daya tarikan unik untuk menjadi personaliti digital terkemuka dalam industri hiburan. 

Meraih lebih 2,000 penyertaan sejak dilancarkan beberapa minggu lalu, tiga peserta layak ke peringkat akhir Digital Star ERA KDU yang diadakan semalam.

Jejaka berusia 18 tahun, Mohamad Asyraf Rozami telah dinobatkan sebagai juara pertandingan Digital Star ERA KDU.

Sebagai hadiah kemenangan, Asyraf berjaya meraih wang tunai berjumlah RM5,000 dan peluang menjadi sebahagian daripada keluarga ERAvengers.
 

Dua peserta lain, Nur Ummi Suhaila Zulkefli dan Mohd Nazrin Md Alif pula membawa pulang hadiah saguhati.

Di pentas akhir, peserta Top 3 telah dijemput untuk berentap di Astro, Bukit Jalil dalam suatu cabaran pembentangan video kepada pihak juri, serta temu bual.

Antara juri jemputan yang hadir adalah pelakon terkenal merangkap Duta KDU, Lisa Surihani, Ketua Pegawai Pemasaran KDU, Sheikh Fahmy Sheikh Mohamed dan Penyampai Radio Hujung Minggu ERA, Jaa Suzuran.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dan pemenang untuk #DigitalStarERAKDU #KDUEDU adaah @asyrafrozami !!! Tahniah !

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on


Bagi pemilihan peserta Top 3, cabaran adalah lebih menarik apabila peserta-peserta perlu menemu duga Lisa Surihani.

Jaa juga merupakan pengacara digital dan wajah ERA dan kempen Digital Star ERA ini bertujuan untuk mencari pelapis kepada bintang digital yang mampu berganding bersama Jaa.

Turut memeriahkan lagi acara di pentas akhir adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang telah beramah mesra bersama peserta dan hadirin.

Artikel Berkaitan