Penyanyi Saleem terlibat dalam kemalangan jalan raya dan cedera parah semalam.

Isterinya, Juriah mengesahkan berita tersebut.

“Memang betul Abang Saleem kemalangan semalam dan kini dirawat di Hospital Kajang.

“Dia parah sehingga patah 12 tulang rusuk dan satu tulang tertusuk paru-paru, namun keadaannya stabil,” katanya.

Juriah berkata, kemalangan berlaku pada petang ketika suaminya keluar rumah untuk membeli barang di kedai.

“Saya dihubungi oleh pihak polis pada 3.45 petang bagi memberitahu perkara ini.

“Abang naik motosikal untuk ke kedai berdekatan kediaman kami di Bandar Mahkota Cheras bagi membeli barang.

“Kami sebenarnya baru pulang daripada Kuantan kerana urusan perbincangan mengadakan konsert di sana. Malah kami sempat juga menjayakan satu ‘show terpijak’ di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro