Menerusi sebuah entri di Instagram, pelakon Aedy Ashraf telah memuat naik foto ketika zaman kanak-kanaknya sempena hari jadi yang ke-25 semalam.

Di ruangan kapsyen, Aedy menulis ringkas ucapan untuk dirinya sendiri.

"Happy birthday to you, dear self," tulisnya.

Rata-rata peminat telah memberi ucapan terhadapnya di ruangan komen.

Happy birthday to you my dear self .

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on


Selain itu, Aedy turut berkongsi foto dan video bersama keluarga dan rakan-rakan yang meraikan hari istimewanya itu di ruangan Instagram Story miliknya.





Aedy mulai aktif di persada hiburan pada tahun 2003 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi filem dan drama tempatan.