Pelakon dan penyanyi Zizan Razak telah mengundang perhatian ramai orang apabila berkongsi satu foto yang mengatakan rupanya seakan pelakon Bollywood terkenal, Ajay Devgan.

Zizan berkongsi dan memuat naik gambar dirinya yang di sunting bersebelahan dengan pelakon tersebut.

Aku tak sangka muka aku macam @ajaydevgn #zizanrazak

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Rakan artis juga terhibur dan bersetuju dengan kapsyen yang ditulis oleh Zizan.

"@jaasuzuran: Alaaahuuu samo zangg hahahahaha aduh jeng."

"@azirashafinaz: Bahahahaha sebijik."

"@uyainaarshad: Hahaha! Sama!"

"@ifa_raziah: Wow handsome."

Namun ada segelintir pengikut yang bersikap nakal mengaitkan nama Mira Filzah kerana aktres itu menyukai filem Hindustan.

"@nabieha_jalil: Okay la tu hero hindustan @mfmirafilzah kan minat hindustan."

"@sayahasrina: Ooooo patut Mira Filzah suka..Dia kan peminat Hindustan."

"@khaeryll_anwar: Dia ada Kajol, Zizan ada Mira Filzah kot cia cia cia."