Penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan single terbaru berjudul Anta Permana.

Menurut Siti, dia sudah tertarik dengan lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong ini sewaktu pertama kali mendengarnya.

“Tanpa berfikir panjang, Siti bersetuju untuk merakamkan lagu tersebut kerana yakin dengan bakat yang dimiliki oleh dua komposer muda ini.

Sekitar belakang tabir pembikinan muzik video Anta Permana. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan muzik video ini. Tajaan lokasi: Palace Of The Golden Horses @palaceofthegoldenhorses.mines . Penyelaras: Rozisangdewi @rozisangdewi Director : Rifaiee Omar Production : RioFilms Sdn. Bhd Idea/konsep : Syahir, Rifaiee & Illi Koreografer : Fairul Zahid @fairulzahidbloom Dancer : Fitadancertheatre @fitadancetheatre . Busana: Rizman Ruzaini @rizmanruzaini. @qudynofficial Tudung: @galeriariani. Solekan: @epie_temerloh . Penata gaya @farahdinana. Aksesori Tambahan: @nailsandclaws Video belakang tabir: @rasafilm.co . Terbitan: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd Edaran: Universal Music Malaysia @universalmuzikmy #AntaPermana #Singlebaru

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Anta Pernama merupakan kerjasama yang pertama di antara Siti Nurhaliza bersama Hael Husaini dan Ezra Kong.

“Hael menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya sejak Februari 2018 dan berjaya merealisasikannya apabila tertarik dengan demo yang dihantar pada bulan Mei,” katanya.

Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu Klasik yang bermaksud `tidak terkira' atau infiniti.

Lagu ini mengisahkan cinta sejati yang tiada bandingannya dan pemilihan judul lagu ini selain maknanya yang bertepatan lirik lagu, Siti juga berusaha memperkenalkan kembali perkataan Melayu klasik yang jarang digunakan.

Tambah Siti lagi, dia menaruh harapan yang tinggi dengan kemunculan single terbaru ini dan berharap agar para peminat muzik tempatan akan menyukainya.

Ibu kepada Siti Aafiyah ini juga menyifatkan Anta Permana adalah sebuah lagu yang segar, mesra telinga (catchy) serta ada keunikan dengan gabungan muzik moden dan klasik.

Siti juga telah menjalani penggambaran muzik video yang diarahkan oleh Rifaiee Omar dari Rio Films Production.

Muzik video ini dijangka akan boleh ditonton di youtube Vevo DatoSNurhalizaVEVO bermula minggu hadapan.

Single terbaru saya boleh dilanggani sekarang di semua pelantar digital. ???#AntaPermana. LIRIK. VERSE Bicara minda dendangan hati Jiwa dan raga yang melengkapi Bagaikan~ bagaikan hangat mentari cinta yang sejati Jauh di mata dekat di hati jika dirindu jangan curangi Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi terduga diuji PRECHO Oh bila tersedar semuanya Sempadan ilusi CHORUS Andai bintang kan tak lagi berseri Janji kasih yang takkan terkhianati Andai habis nafasku yang terakhir Masih ku cinta kerna ku pasti Kau tiada pengganti VERSE Sedangkan lidah tergigit jua inikan pula cinta manusia Melayang~ melayang dibawa pawana iringi cintamu BRIDGE Biar dikenang budi kasih dan sayang Biar~ Biarkan cinta anta permana

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Single terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun dilancarkan di semua pelantar digital bermula hari ini. Lagu tersebut boleh dilanggani di Apple Music (itunes), Spotify, Joox dan KKBox.