Pelakon dan penyanyi Kaka Azraff, 29, mengakui dia pernah menyimpan hasrat untuk berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2. Menurut Kaka, walaupun hasrat untuk berlakon tidak tercapai, namun rezeki untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut lebih dekat dengan dirinya. "Saya pernah menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon di dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 ini. "Saya juga pernah pergi ke ujibakat untuk membintangi filem ini tetapi rezeki bukan di situ. "Saya bersyukur kerana mendapat peluang untuk menyanyikan lagu tema filem ini yang lebih dekat dengan diri sendiri," katanya. Kaka ditemui ketika Majlis Pelancaran Lagu Tema Gol & Gincu Vol. 2, di Red Box Pavillion semalam. Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff berkata, dia belum lagi sempat untuk berkongsi berita gembira ini dengan ibu saudaranya, Ratu Rock Ella. "Jika di filem pertama, Ella menyanyikan lagu Teruja yang menjadi lagu tema filem tersebut. Kini, peluang saya pula untuk menyanyikan lagu tema di filem kedua. "Saya belum sempat lagi untuk memberitahu ibu saudara saya menyatakan lagu filem Gol & Gincu Vol.2 ini dinyanyikan oleh saya," katanya kepada Gempak.
"Mula-Mula Ingat Dia Tomboy Ke Pengkid, Tak Ada Perasaan Dekat Lelaki" - Ini Pendedahan Fizi Ali Tentang Shakilla Khoriri 18 Feb 2019
"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 23,222
"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan 13,581
"Seronoknya Kalau Arwah Mama Masih Ada ..." - Aprena Manrose Tayang Kereta Pertamanya, Proton X70 10,601
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 4,467