Fouziah berkata peluang menunaikan ibadah haji baru-baru ini adalah hadiah tidak ternilai buatnya dan suami.
“5 tahun bersama,hadiah yang tiada nilai buat kami ialah Allah menjemput kami untuk menunaikan Rukun Islam yg ke5 pada tahun ke 5 #anniversary tanpa kami rancang.
Thank you Allah,” tulisnya.
Fouziah berkongsi kegembiraannya itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata pengikutnya, turut memberi ucapan ulang tahun perkahwinan dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Pasangan ini dikurniakan dua orang anak Zeeshan Yusuf, 3 dan Zaheen Yusof Md Zhafran, 1.