Penyanyi Zamani menyifatkan peserta wanita menjadi cabaran untuk dirinya dalam program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Menerusi laporan HLive, Zamani mengakui penyanyi wanita bakal memberi saingan sengit dalam program terbabit.

"Penyanyi wanita mempunyai kemampuan yang lebih baik berbanding peserta lelaki. Ramai peserta wanita tahun ini, jadi persaingan menjadi lebih kuat.

"Penyanyi wanita selalu berkemampuan untuk membuat sesuatu persembahan yang tidak boleh dijangka. Apapun, saya tetap akan memberi saingan dan membuat apa yang termampu dalam GV5," katanya.

Alhamdulillah #Repost @officialhlive with @get_repost ・・・ Peserta #GegarVaganza2018 : @zamanislam_official #hlive

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL INSTAGRAM (@zamanislam_official) on


Selain Zamani, GV5 turut menampilkan Dia Fadila, Hetty Sarlene, Safura, Noryn Aziz, dan Farawahida, Amelina, Maya Matahari dan Elite.

Turut serta ialah Billy Zulkarnain, Shafie (Rio) dan kumpulan Forteen.

Gegar Vaganza musim kelima akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad, 30 September, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan “on demand” untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Layari www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).