Penyanyi tempatan yang mengukir nama di persada antarabangsa, Yuna meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap sebuah majalah terbitan Amerika Syarikat yang menggunakan gambar perkahwinannya tanpa kebenaran dan sebarang kredit.

Menerusi laman Twitter, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara'ai, 32, menyatakan majalah tersebut harus sekurang-kurangnya memberi kredit kepada mereka dan jurugambar yang terlibat.

"Saya tidak suka untuk bercakap mengenai perkara ini tetapi pihak majalah Brides (@Brides) harus sekurang-kurangnya menyatakan itu adalah perkahwinan saya dan memberi kredit kepada jurugambar kami iaitu Weddings by Qay (@weddingsbyqay) jika mahu menggunakan gambar perkahwinan kami dalam majalah itu" tulisnya.


Gambar tersebut diambil ketika majlis pernikahan Yuna bersama suaminya, Adam Yousof Sinclair di Bentong, Pahang pada 26 Januari lalu.

Sumber : Twitter Yuna