Neelofa Selamat Jalani Pembedahan

Hiburan
Neelofa Selamat Jalani Pembedahan
Pelakon dan pengacara popular, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 29, telah menjalani pembedahan sinus awal pagi tadi.

Neelofa memaklumkan perkara itu menerusi ruangan Instagram Story miliknya beberapa jam selepas menjalani pembedahan itu.

"Saya telah menjalani pembedahan sinus pagi tadi, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

"Saya memohon maaf, saya tidak bermaksud untuk merisaukan sesiapa, saya telah beransur pulih sekarang," tulisnya.



Semalam, Neelofa telah memuat naik sebuah video menerusi ruangan Instagram Story miliknya yang menunjukkan dia berada di wad sebuah hospital.



Perkara itu membuatkan sesetengah pihak berasa risau dengan keadaannya.

Artikel Berkaitan