Pelakon dan penyanyi, Nadia Aqilah, 33. sedang menghasilkan single terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut Nadia, dia teruja kerana sudah lama tidak menulis dan menghasilkan lagu.

"Alhamdulillah, saya sedang menulis sebuah lagu terbaru dan ia bakal menjadi 'soundtrack' untuk sebuah drama bersiri tempatan.

"Buat masa ini, saya masih mengumpul material untuk menentukan genre lagu tersebut sama ada berentak rancak ataupun balada, insya-Allah lagu itu akan dilancarkan sebelum bulan Disember ini.

"Bercakap mengenai idea, kadang-kadang ia datang, kadang-kadang hilang," selorohnya sambil ketawa.

Nadia ditemui di Majlis Pelancaran Produk iFlawless bertempat di Shalini Ganendra Fine Gallery, Petaling Jaya sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Nadia turut kembali aktif dalam dunia lakonan dan teater setelah berehat seketika untuk menjaga Allahyarham bapanya sebelum meninggal dunia.