Pelakon Nadia Brian merayu doa peminatnya buat neneknya yang sedang sakit dan dirawat di Hospital Putrajaya.

Menerusi kemas kini di Instagram, nenek pelakon filem Blok 404 itu dimasukkan ke hospital berkenaan sejak semalam.

Lebih manis apabila Nadia sendiri mencuri masa untuk menemani neneknya sambil berguru ilmu masakan.

"Get well soon my queen. Please doakan nenek saya semua. Terima kasih.

"Meanwhile teman, belajar ilmu memasak," tambahnya.

Dalam perkembangan terkini, nenek Nadia sudah beransur pulih dan sudah berselera makan.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi kini sedang menjalani penggambaran filem Ratu Kala Jengking arahan Bade Hj Azmi.