Penyanyi dan pelakon Zulkifli Daud atau Joey mengakui tidak meletakkan harapan yang tinggi apabila menyertai program Super Spotan Xtravaganza (SSX).

Menurut Joey, sebagai pemain baru dalam SSX, dia memperoleh banyak pengalaman berharga apabila menyertai program ini.

"Ini merupakan kali pertama masuk SSX, jadi saya jangka paling lama mampu bertahan adalah sehingga minggu ke empat dan kelima.

"Kebanyakkan peserta yang masuk ini adalah otai, jadi saya berjuang bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan mereka.

"Apabila sampai hingga ke peringkat akhir, sudah semestinya saya nak menang kerana pejalanan saya dalam SSX bukanlah sesuatu yang mudah.

"Apabila ramai yang menjangkakan saya akan bergelar juara, saya cuma boleh aminkan sahaja," katanya kepada Gempak.

Joey berkata demikian ketika ditemui pada separuh akhir program Super Spotan Xtravaganza (SSX).

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.