Selepas pelbagai kontroversi timbul membabitkan nama pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida, pelakon dan usahawan sensasi, Datuk Boy Iman tampil menyatakan pandangannya.

Kata Boy Iman, dia sudah mengenali Vida dalam tempoh yang lama dan berguru banyak ilmu daripada usahawan kosmetik kelahiran Machang, Kelantan itu.

"Saya mengenali beliau dah lama dan kami rapat pada 2013 apabila beliau menjadi penaja utama program televisyen beliau yang bertajuk "Diva De Vida" untuk siaran Astro Prima yang diterbitkan oleh saya dan syarikat saya.

"Saya juga yang menguruskan perkahwinan beliau yang kedua dan ketika kedua-dua anak beliau mengalami kemalangan, saya baru pulang dari Madinah dan terus ke rumah beliau di Ipoh untuk urusan pengebumian.

"Saya berterima kasih kepada beliau kerana pernah menganggap saya seperti anak, begitu juga saya menganggap beliau seperti mak. Saya panggil beliau "mummy".

"Sudi mengajar saya sebagai usahawan walaupun tidak lama. Pernah marah dan menegur saya apabila saya buat silap. Pernah nasihat saya, mendengar saya menangis dan merawat anak saya, Norul Emmer masa tu sakit.

"Seorang yang sangat baik, hamba Allah yang taat, pemurah, suka menderma, suka buat amal kebajikan dan suka bagi orang sama-sama berjaya, sangat mementingkan anak-anak, adik-beradik dan keluarga beliau," tulisnya panjang lebar.

Boy Iman turut memberikan saranan kepada netizen agar tidak terlalu cepat menghakimi, menyebar fitnah dan membuka aib Vida tanpa berfikir panjang.

"Janganlah bercakap seolah-olah awak itu sempurna, dijamin masuk syurga, menokok tambah cerita seakan-akan fitnah, membuka aib beliau dan sebagainya.

"Tegur ada caranya dalam Islam lebih-lebih lagi kita Melayu terkenal dengan adab dan budi bahasanya yang tinggi.

"Jangan buat kerja Tuhan ya semua, menghukum seolah-olah kita Tuhan dan kita bukan hamba Dia," tambahnya.

Nama Vida kembali hangat diperkatakan apabila didakwa memberikan barangan kemas palsu kepada juara Gegar Vaganza 4, Aishah.

Lebih panas apabila Bank Negara Malaysia menyenaraikan pengendali mata wang kripta, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) ke dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Saya terpanggil untuk bercakap sesuatu kepada anda yang tidak mengenali @datoserivida, Lebih2 lagi yg bercakap negatif dan melabel beliau itu dan ini tanpa memikirkan apa perasaan dia dan sedar hakikat bahawa tiada manusia yg sempurna, ada khilafnya. Kadang kala apa yg berlaku itu bukanlah kehendak kita, Ianya satu qada dan qadar. Janganlah bercakap seolah-olah awak itu sempurna, dijamin masuk syurga, menokok tambah cerita seakan2 fitnah, membuka aib beliau dan sebagainya. Tegur ada caranya dlm islam lebih2 lg kita melayu terkenal dgn adab dan budibahasanya yg tinggi. Cukup2 lah jd "melayu yg tipikal", sepatutnya anda support, menutup aib beliau, memberi kata2 semangat. Ingat senang ke nak jd mcm beliau? Seorang usahawan melayu yg berjaya. Cuba tengok ada ke bangsa cina mcm anda? Bergossip, membawang, kecam, perli dan sebagainya. Mereka sokong bangsa mereka. Mereka sayang pada orang yg berjaya serta jadikan mereka ini idola. Dari sudut bisnes dsv berjaya, Mungkin dari sudut peribadi adanya kekurangan..itu biasa. Saya mengenali beliau dah lama dan kami rapat pada 2013 apabila beliau menjadi penaja utama program tv beliau yg bertajuk "Diva De Vida" utk siaran Astro Prima yg diterbitkan oleh saya dan syarikat saya. Saya juga yg menguruskan perkhawinan beliau yg kedua dan ketika kedua anak beliau mengalami kemalangan saya baru pulang dari Madinah dan terus ke rumah beliau di ipoh utk urusan pengebumian. Saya berterima kasih kepada beliau kerana pernah menganggap saya seperti anak, begitu juga saya menganggap beliau seperti mak. Saya panggil beliau "mummy". Sudi mengajar saya sebagai usahawan walaupun tidak lama. Pernah marah dan menegur saya apabila saya buat silap. Pernah nasihat saya, mendengar saya menangis dan merawat anak saya, #norulemmer masa tu sakit. Seorang yg sgt baik, hamba Allah yg taat, pemurah, suka menderma, suka buat amal kebajikan dan suka bg orang sama2 berjaya, sgt mementingkan anak2, adik beradik dan keluarga beliau. Jangan buat kerja Tuhan ya semua, menghukum seolah-olah kita Tuhan dan kita bukan hamba Dia. Saya cakap ni bkn sebab dsv bg saya cek tu, Cek tu masa dia jd penaja program saya. #pray4dsv #dbi #datoboyiman #datodrboyiman

A post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman) on