Penyanyi dan penulis lirik, Alec Shane Benjamin atau lebih dikenali Alec Benjamin bakal tampil membuat persembahan khas di pentas akhir Big Stage pada Ahad ini.

Ini adalah kali pertama Alec Benjamin membuat showcase di Malaysia dan secara eksklusifnya, Big Stage bakal menerima kunjungan selebriti dari luar negara.

Sudah pastinya, diberi peluang untuk membuat persembahan di Big Stage membuka peluang kepada peminat-peminat Alec Benjamin menyaksikan beliau membuat persembahan di acara yang berprestij ini.

Dalam perkembangan lain, Alec Benjamin telah melancarkan single terbarunya yang berjudul "Let Me Down Slowly".

Single ini telah mendapat dua juta streaming dalam masa satu minggu sahaja manakala video muziknya telah mencapai sehingga 4.6 juta tontonan.

"Let Me Down Slowly" telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada platform penstriman digital antaranya Spotify, Apple Music, Joox dan KKBox.