Tak Sabar Nak Tengok PASKAL The Movie? Mahu Saksikan Tayangan Awal Sebelum 27 September? Ini Caranya...
Tak Sabar Nak Tengok PASKAL The Movie? Mahu Saksikan Tayangan Awal Sebelum 27 September? Ini Caranya...
Kamaruddin Razal
Wed Sep 19 2018
Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini bakal ditayangkan pada 27 September ini.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Kepada mereka yang sudah tidak sabar untuk menantikan tayangan filem ini di pawagam, ada berita baik untuk anda!