"Watak Itu Kontra Dengan Diri Saya, Penat Nak Lakonkan" -   Hairul Azreen Kongsi Pengalaman Berlakon PASKAL The Movie

Hiburan

Pelakon utama filem PASKAL The Movie, Hairul Azreen berkongsi pengalaman sepanjang penglibatannya dalam pembikinan filem tersebut.

"Watak Laksamana Komander Arman Anwar yang dibawakan oleh saya itu adalah berdasarkan kisah benar yang diinspirasi dari seorang panglima PASKAL iatu Laksamana Pertama Anuar Alias.

"Secara jujurnya, watak tersebut sangat kontra dengan diri saya terutamanya dari segi penampilan, raut wajah dan suara.

"Namun saya telah mencuba sedaya upaya untuk melakonkan watak tersebut dengan baik, saya akui agak penat dan susah untuk lakonkan karakter tersebut.

"Kami telah berikan komitmen sepenuhnya dan berharap agar penonton memberikan sokongan kepada filem ini," ujarnya.

Hairul ditemui di malam tayangan perdana filem PASKAL The Movie bertempat di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley pada malam tadi.

Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Selain Hairul, filem itu dibintangi oleh Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 27 September ini!

Artikel Berkaitan