Mungkin ramai yang tidak sangka, ibu negara Taiwan, Taipei sebenarnya menyediakan banyak lokasi yang 'muslim friendly'.

Daripada menu halal, tempat beristinjak dan arah kiblat, deretan premis dan kawasan peranginan sudah menyediakan pelbagai kemudahan buat pelancong beragama Islam.

Gempak sendiri berkesempatan untuk meninjau beberapa lokasi pelancongan yang 'muslim friendly' ketika dibawa bersama mengikuti Media Familiarization bersama Datuk Fazley Yaakob ke Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Jom semak senarai lima lokasi 'muslim friendly' di Taipei, Taiwan.

1. Amba Hotel

Amba Hotel mempunyai tiga rangkaian hotel yang mesra muslim. Daripada menu, kemudahan tandas di dalam bilik hingga arah kiblat, semuanya tersedia rapi.

Malah, hotel ini menyediakan sejadah dan al-Quran buat tetamu beragama Islam.

Amba Hotel terletak di tiga hotspot di Taipei iaitu Songshan, Ximending dan Zhongshan.

Hotel di Taipei sediakan Quran, sejadah & kiblat • Sebaik sampai ke @amba.hotels (Amba Taipei Songshan) agak2 20 minute drive dari airport, kami hidangkan dengan Braised Beef Noodles yang halal. Mee sup dengan rusuk daging ini adalah kebanggaan orang Taiwan dan mereka sangat teruja untuk berkongsi yang versi Halal kepada kami. . Bilik hotelnya juga menarik, setiap bilik adalah berlainan konsep dan dekorasinya. Selain mengutamakan kemudahan untuk pengunjung beragama Islam, pemandangan cantik juga faktor utama hotel ini laris! Can’t wait for my ayam goreng challenge!!!! #terokahalalditaiwan #funtaipei #timefortaiwan . ?Amba Taipei Songshan, No. 8號, Section 7, Civic Blvd, Nangang District, Taipei City, Taiwan 115 • https://www.amba-hotels.com/tc/songshan/

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


2. Pasar malam

Raohe Night Market dan Ningxia Night Market menyediakan pelbagai juadah ringkas yang halal kepada pengunjung.

Tetapi harus diingat, anda perlu rajin bertanya!

Antara yang menarik di sini ialah jagung bakar, stinky tofu dan ubi kentang salai.

3. Chang's Beef Noodle & Master Fried Chicken

Master Fried Chicken merupakan francais makanan segera halal terbesar di Taiwan. Jadi, jangan risau kerana semua ayam yang digunakan disembelih dan halal.

Sama juga Chang's Beef Noodle! Restoran makanan halal ini juga menyediakan pelbagai juadah lain yang sangat sedap dan menyelerakan.

Juga, berdekatan dengan Amba Hotel Ximending yang terletak di pusat bandar dan dikelilingi deretan kedai seperti di Bukit Bintang.

Menu halal tak susah dicari di Taiwan • Taipei ada ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri, yang beragama Islam tidak susah untuk mencari makanan halal dari peniaga yang prihatin/ingin mengambil bahagian dalam market halal yang sangat besar ataupun mereka sendiri merupakan peniaga dari anggota masyarakat Islam di sini. . Makanan India dan Timur Tengah ada banyak di sini yang dijamin halal. Tapi kalau di negeri Taiwan, kita carilah makanan Taiwan yang halal kan? Black beef noodles ini famous sangat2, dan mee nya “home made”. Dekat Malaysia ada tak? Nak cari nanti bila dah balik! #terokahalalditaiwan #funtaipei #timefortaiwan . ? Chang Beef Noodle Shop (Halal Certified), No.21 Yanping S. Rd, Zhongzheng District

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Dapat makan seafood berbintang Michelin & bertugas di gerai ayam goreng • Kami dibawa ke sebuah restoran makanan laut yang terkenal di Taiwan untuk makan tengah hari. Pengurus di sini dengan bangganya berkongsi dengan kami bahawa mereka pernah dikunjungi Tom Cruise sebelum ini. Tapi ‘abalone’ tu Tom Cruise tak berani makan, saya OK je. Tu yang kita ajar dia cakap “bagus untuk jantan”! Haha! . Kemudian, ada cabaran menyediakan ayam goreng di Fried Chicken Master, satu2 nya jenama fast food di Taiwan yang halal. Sedap!!! #timefortaiwan #funtaipei #terokahalalditaiwan . ?Really Good Seafood, No. 222, Section 1, Fuxing South Road, Da’an District, Taipei City, Taiwan 10666 . ? Fried Chicken Master. No. 1, Jingmao 2nd Road, Nangang District, Taipei City, Taiwan 115 (ada banyak cawangan)

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


4. Ice Monster & Jingimoo Dessert Shop

Tak lengkap percutian anda ke Taiwan sekiranya tidak mencuba sendiri hidangan pencuci mulut seperti 'shaved ice'.

Dua restoran ini menyediakan seleksi 'shaved ice' yang boleh buat anda rambang mata. Memang sedap!

Segala-galanya MANGGA • Kami pergi ke sebuah café menjual manisan kegemaran warga Taiwan “Ice Monster” dan saya diminta sediakan beberapa mangkuk “ice mango”. Bayangkan ais yang digunakan dalam mesin memarut ais tu adalah pure mango purée! Di tepi ada pudding sikit, ice cream sikit, siap! Kedai ini diiktiraf halal dan sudah beroperasi sejak 1997. SUSAH NAK DAPAT MEJA sebab sangat-sangat sedap. . Siapa nak rasa yang saya buat? #timefortaiwan #funtaipei #terokahalalditaiwan . ?Ice Monster, No. 297號, Section 4, Zhongxiao East Road, Da’an District, Taipei City, Taiwan 106

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on



5. Kuoyuanyi Pastry Shop

Nanas merupakan buah yang paling popular di Taiwan. Pelbagai juadah seperti pencuci mulut berasaskan nanas sangat popular di negara itu.

Kuoyuanyi merupakan kedai pastri tertua di Taiwan dan tat nanas menjadi hidangan popular di sana. Cubalah!

Jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan khas Pusing Pusing Taiwan bersama Datuk Fazley Yaakob di Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam ini.

Beberapa minggu lalu saya ke Taipei bersama rakan-rakan media @_utamachi_ @ellyarifin @_yangyang9 @thisisyeoy @alihalifi untuk tugasan saya sebagai Duta Pelancongan Halal Taiwan. Malam ini @officialhlive edisi istimewa #pusingpusingtaiwan 9:00pm di saluran #astroria #astroriahd . Terima kasih kepada @chinaairlines.tw @amba.hotels & Taipei City Government #terokahalalditaiwan #funtaipei • @imranajmain @afdalshahizad @faizalsaharuni

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on