Penyanyi era 80-an, Ramlah Ram telah mendapat perhatian ramai apabila menyanyikan lagu bernada tinggi dengan mudah.

Ramlah berkongsi dan memuat naik video dirinya menyanyikan lagu sendiri berjudul Kau Kunci Cinta Ku Dalam Hati Mu di laman Instagram (IG) baru-baru ini.

Utk korang yg suka Kunci tu..Nah belanja sikit 'Kau Kunci'..❤? #kaukuncicintakudidalamhatimu #laguhits #ramlahramgroup #ramlahram #rvrbyramlahram #rvrperfumebyramlahram #sembursemburjatuhcinta

A post shared by Ramlah Ram Official (@ramlahram383) on


Pelbagai komen dilontarkan netizen dalam entri itu, antaranya memuji dan kagum dengan kehebatan penyanyi tersebut.

"@norashahr: Minat kak Ramlah! Power gila! Saya bawa tape lagu ni ke US tahun 1991. Bila pasang dalam kereta mat saleh terpukau. Suruh repeat & jerit 'my song'. Syabas Kak Ramlah."

"@faridahhanummohdzain: Kak Ramlah telan kaset ke apa... Suara power dari dulu. Love you dari dulu lagi Kak Melah."

"@nori3112: The legendary of the power. Memang terbaik."

"@nishazhary: Suara power letop, I love it."

"@murad100763: Tahniah Ramlah..Memang tetap power seperti dulu."

Namun ada segelintir pengikut yang sanggup untuk membayar RM10,000 untuk menonton persembahan Ramlah.

"@shanana22: Salute la Kak Ramlah..even tengah menyanyi peminat bergambar pun still suara tak lari..memang terbaik..Ni kalau bayar RM10K pun puas hati."