Aktres Zara Zya mengakui masih belum mempunyai tarikh yang sesuai untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya iaitu pelakon Hafreez Adam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zara berkongsi gambar bersama Haffeez ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

"Jangan tanya kami bila lagi," katanya ringkas.

Tahniah @aisyhshrm @ajiem178 @arniidris @alongkamaludin ❤️ . . Jangan tanya kami bila lagi ? @hafreezadam . . Dress Kebaya : @rumahkebayabangsar

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Rata-rata pengikut terhibur dengan kapsyen yang dimuat naik oleh Zara dan mereka mendoakan agar mereka segera berkahwin.

"@Chomel: Alo alo bila ni bila ni. Tak sabarnyaaaa. Semoga cepat ke jinjang pelamin ye. Aamin."

"@ctmyct: Bila orang bertanya means people is concerned. Pray for the best! Doa yang baik-baik.

"@fazrinarasidi: Suka tengok pasangan abang ngan kakak berdua ni. Sweet couple. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin."