Selebriti terkenal, Datuk Afdlin Shauki meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri barangan yang terdapat pada motosikalnya.

Menerusi entri di Instagram, Afdlin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya tampil memberitahunya.

"Kena rompak clutch, brake Brembo, side mirror Ducati Diavel saya kena rembat jadi kalau ada orang nak jual tolong boleh alert kat saya.

"Saya buat polis report dan kebetulan dalam dunia serba canggih ni ada pulak CCTV yg pandang motor ni so siap la lu bro.

"Kalau ada orang nak tolak barang barang ni tolong bagitahu saya. Direct Message (DM) saya. Ada reward In Shaa Allah. #brakekenarembat," tulisnya.

Kena rompak clutch, brake brembo, side mirror ducati diavel saya kena rembat jadi kalau ada org nak jual tolong boleh alert kat saya. Saya buat polis report dan kebetulan dalam dunia serba canggih ni ada pulak cctv yg pandang motor ni so siap la lu bro... tq selamat malam. Kalau ada org nak tolak barang barang ni tolong bagitahu saya. DM saya. Ada reward In Shaa Allah. #brakekenarembat

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


Rata-rata berharap agar Afdlin tabah dengan ujian ini dan berharap agar individu yang mencuri barangannya itu akan segera ditangkap oleh pihak berkuasa.

Mengenai perkembangan lain, Afdlin kini muncul dalam Super Spontan Xtravanganza pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan 'tukang masak', SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej 'tukang masak jalanan' dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej 'tukang masak di hotel'.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri tempatan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.