Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella mengakui ibunya hampir mengugurkan kandungan ketika sedang mengandungkan dirinya.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di YouTube, Laudya menjelaskan ibunya terpaksa melakukan perkara itu kerana tidak mampu untuk membesarkan anak-anaknya.

"Mama tidak tahu bahawa ketika itu dirinya sedang hamilkan saya, setelah empat bulan tidak haid dia akhirnya melakukan pemeriksaan.

"Ketika itu dia sudah hamil hampir empat bulan dan dalam masa yang sama sibuk menguruskan tiga orang anak lagi tanpa bantuan penjaga.

"Akibat daripada penat menguruskan tiga orang anak, dia mengambil keputusan untuk mengugurkan kandungan ketika itu.

"Namun niat itu tidak dilaksanakan dan dia terus mengandungkan saya sehingga lahir," ujarnya menerusi sebuah video di YouTube, Bella Channel.

Tambahnya lagi, dirinya diberi nama Bella kerana dia merupakan seorang anak yang 'dibela-belain'.