Ketirisan dana penerbitan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang pernah menjadi isu sebelum ini masih belum mencapai jalan penyelesaian konkrit biarpun kes berkenaan sudah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob dalam satu kenyataan semalam menyatakan pihaknya melalui Bahagian Kewangan, Unit Integriti serta Unit Audit Dalam FINAS mengambil inisiatif dengan menggerakkan pasukan Jawatankuasa 'task force' untuk menyiasat secara dalaman sekiranya wujud unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak dalaman agensi itu sendiri berkaitan pengurusan dana yang disalurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada FINAS.

"Justeru, FINAS sentiasa bekerjasama erat dengan pihak berkuasa bagi terus memastikan FINAS bersih dari sebarang unsur-unsur negatif yang menyalahi undang-undang.

"Pada ketika ini juga, FINAS juga di dalam fasa pemerkasaan pembangunan organisasi dan perkhidmatannya dengan halatuju dan way forward yang lebih fokus seiring dengan saranan dan amanat YB Menteri dan pihak KKMM sendiri," katanya.

Astro Gempak sebelum ini pernah melaporkan isu ketirisan dana FINAS ini sehingga ia disiasat SPRM. (Baca lagi: [Eksklusif] Dana FINAS Tidak Diberikan Secara Telus Pada Penggiat Seni, Produser Jumpa Pegawai Atasan Kerajaan Di Hotel)

Lebih memeranjatkan apabila ada produser mendakwa mereka didekati pegawai dalaman agensi kerajaan tersebut yang meminta komisen demi untuk mendapatkan dana berkenaan. (Baca lagi: Wujud Sesi ‘Pitching’ Untuk Produser Tertentu, Produser Layak Dapat Dana FINAS Terpaksa Tunggu Setahun?)

Heret ke mahkamah hanya solusi jangka pendek. Apatah lagi proses bicara kes sivil di mahkamah biasanya memakan masa yang panjang. Peguam yang berpengalaman dan licik sentiasa tahu cara utk ‘by time’ agar kes anak guam mereka punya justifikasi utk ditangguh-tangguhkan oleh mahkamah. Ada profesional fee yang peguam kenakan pada anak guam mereka untuk dapatkan khidmat penangguhan demi penangguhan ini. Ianya bukan percuma. Fakta ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai peguam dulu. Kes high profile pun mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai. Untuk jangka panjang SOP dalam pemberian dana FINAS itu sendiri mesti dikaji dan dibuat penambahan baikan. Dana itu adalah duit rakyat. Mesti dimanafaatkan sepenuhnya. Di Indonesia industri filem mereka tidak ada dana seperti FINAS ini. Satu ketika dulu memang ada tapi sudah lama dihentikan. Para penerbit di Indonesia cari dana sendiri dari syarikat syarikat korporat yang membiayai penerbitan filem mereka. Syarikat korporat Indonesia pula hanya pilih skrip & filem yg bagus dan terbaik sahaja untuk mereka dapatkan pulangan investment mereka. Sudah tiba masanya FINAS ujudkan team forensik bebas dan profesional untuk buat post mortem sistem pemberian dana ini agar tidak ada species Toyol dengan mudah peroleh dana dan kemudian ghaib. FINAS perlu bertindak segera agar tahap profesionalismanya tidak terus dipersoalkan oleh industri. Isu ketirisan dana di FINAS ini bukan perkara baru. Orang dalam industri dah letih dah dengan isu ini. Tiada siapa yang terkejut apatah lagi untuk terperanjat. Yang ada hanya keluhan. Why do we keep repeating the same script? Kutipan hasil tayangan HKL (RM35.5 juta) & Munafik 2 (RM40 juta) dalam tempoh tidak sampai 30 hari membuktikan investment dalam penerbitan filem tempatan kini sudah mampu memberi pulangan yang amat lumayan. Saya percaya ada syarikat korporat sudah mengintai ngintai utk mencari skrip dan filem yg bagus utk dibiayai. Di Amerika Syarikat mengikut statistik 2016 pendapatan yg disumbangkan oleh industri filem di Amerika Syarikat melebihi pendapatan yang disumbangkan oleh industri automatifnya. Creative industry is a huge business. -Catatan lelaki sedang

A post shared by zabidimohamed (@zabidimohamed_penulis) on


Penulis skrip berpengalaman, Zabidi Mohamed yang pernah mempunyai pengalaman sebagai peguam turut menyatakan pandangan tindakan untuk membawa syarikat produksi yang terbabit menerima dana tersebut tapi tidak menerbitkan filem dalam masa tiga tahun hanyalah penyelesaian jangka pendek.

"Apatah lagi proses bicara kes sivil di mahkamah biasanya memakan masa yang panjang.

"Peguam yang berpengalaman dan licik sentiasa tahu cara untuk ‘by time’ agar kes anak guam mereka punya justifikasi untuk ditangguh-tangguhkan oleh mahkamah," katanya menerusi Instagramnya, @zabidimohamed_penulis, hari ini.

Jelasnya, untuk jangka panjang sistem Operasi Prosedur Standard (SOP) dalam pemberian dana FINAS mesti dikaji dan dibuat penambahan baikan.

"Dana itu adalah duit rakyat. Mesti dimanafaatkan sepenuhnya. Di Indonesia industri filem mereka tidak ada dana seperti FINAS ini.

"Satu ketika dulu memang ada tapi sudah lama dihentikan. Para penerbit di Indonesia cari dana sendiri dari syarikat syarikat korporat yang membiayai penerbitan filem mereka.

"Syarikat korporat Indonesia pula hanya pilih skrip & filem yg bagus dan terbaik sahaja untuk mereka dapatkan pulangan investment mereka," katanya.

Beliau yang juga pensyarah sambilan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan sudah tiba masanya FINAS mewujudkan pasukan forensik bebas dan profesional untuk membuat 'post-mortem' sistem pemberian dana ini agar tidak ada spesis 'toyol' dengan mudah peroleh dana dan kemudian ghaib.

"FINAS perlu bertindak segera agar tahap profesionalismanya tidak terus dipersoalkan oleh industri," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi