Penyanyi remaja dan peserta program Big Stage, Wani Kayrie, 18, menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap bidang nyanyian pada tahun ini.

Menurut Wani, dia akan mula menyambung pengajiannya pada tahun hadapan.

"Saya sudah memberitahu ibu saya terlebih dahulu mengenai perkara ini. Saya sudah maklumkan kepadanya yang saya akan aktif menyanyi selepas menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas.

"Jadi, sepanjang tahun ini saya akan bergiat aktif dalam nyanyian dan akan mula sambung belajar pada tahun depan," ujarnya.

Selain itu, penyanyi ini turut menyatakan dia mungkin akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.

Wani ditemui di konsert minggu separuh akhir Big Stage bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad lalu.

Wani berjaya ke konsert akhir bersama Baby Shima, Sarah Suhairi, Afieq Shazwan dan Syafiq Farhain.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!