Menerima kritikan berbaur hinaan ketika mengacarakan rancangan Akak Akak Sangat bersama Sherry Alhadad, pelakon Sharifah Shahora ‘membahasakan’ peminat di laman Facebook miliknya.

“Tak pernah mengenali manusia ni jadi saya tak paham jenis org yg nak tegur org yang kita tak kenal dengan cara menghina.. Bila kita sound balik dia kata tak profesional n tua. Macamana nak profesional dengan org yg jenis gred D ni. Aku pun tak paham kenapa nak kena profesional dgn Pakcik Hamzah ni.

Manusia mana yg makin lama makin muda. Alhamdulillah diusia mcm ni masih byk tawaran kerja dapat jugak membeli beberapa harta.

Dari duduk menghabis kan duit kat Cyber cafe atau data internet untuk cari salah orang tahu tahu muka pun tua kt depan telefon tanpa sedar.

Dari rupa yg menghina ni pun bkn rupa budak budak usia 18 tapi rasa dah umur 50. Rupa dia pun tua.Mungkin budak2 terperangkap dalam jasad org tua ni. Atau sesiapa yg mengguna identiti dia.

Memang tak patut dilayan tapi masuk wall org mcm nak dpt perhatian mmg mendapat la. Apa yang tak puas hati sangat dgn kita pun tak tahu la.

If dia tak puas hati ku anggap dia ada mental breakdown jer lah,” tulis Shahora.





Bertemu Shahora di siding media Program Raya Astro 2016, isteri kepada pengarah Raja Mukhriz ini menjelaskan yang dia tidak boleh mendiamkan perkara seperti ini.

“Apabila ada pihak yang memberikan kritikan membina, saya menerima perkara tersebut dengan hati terbuka. Tetapi apabila ada pihak yang memberi kritikan yang menjatuhkan seperti menghina perkara fizikal dan sebagainya, itu saya tidak boleh diamkan.

“Orang-orang seperti ini saya harus ajar kerana golongan seperti ini semakin banyak. Mereka seperti tiada rasa hormat,” katanya.

Semakin selesa mengacarakan rancangan Akak Akak Sangat, Shahora sedang mencari momentum memandangkan program ini bersaing dengan Meletop yang bersiaran di Astro Ria.

“Saya dan Sherry sedang menjalin keserasian dan membina momentum tersendiri dalam mengacarakan program ini. Namun begitu, saya akui agak sukar kerana program ini sama waktunya dengan siaran Meletop.

“Namun begitu, saya yakin dengan kebolehan program ini kerana konsep yang dibawakan berbeza dan kami mempunyai sasaran penonton yang tersendiri. Jika program Meletop lebih fokus kepada hiburan, kami lebih fokus kepada isu-isu terbaru yang tidak menyentuh kepada bidang hiburan,” katanya lagi.

#BerikanMasa untuk menonton program Akak Akak Sangat yang bersiaran pada setiap Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima.