Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan mengapa dia dan isterinya, Noor Nabila memilih nama Jebat Jayden Ahmad untuk diberikan kepada anak sulung mereka.

Menerima kehadiran Jebat pada 30 Ogos lalu, nama tersebut sudah dipilih sebulan sebelum cahaya mata mereka dilahirkan.

"Nama tersebut dipilih awal-awal lagi, sebelum Jebat dilahirkan. Saya yang memilih nama Jebat kerana saya meminati sejarah Melayu.

"Sebenarnya, nama Jebat Jayden tidak ada maksud pun, hanya nama Ahmad sahaja yang mempunyai makna.

"Saya memang meminati Hang Jebat kerana dia merupakan pahlawan Melayu yang sangat hebat. Saya suka dengan nama Jebat dan kebetulan, saya pernah membawakan watak Jebat dalam drama bersiri dan filem.

"Jadi, saya yang memilih nama tersebut... Nabila mahu menambah nama Jayden dan akhirnya terhasil idea nama Jebat Jayden Ahmad," katanya.

Sharnaaz ditemui di majlis tayangan episod kemuncak drama bersiri Cinta Bukan Kristal di Damansara Performing Arts Centre, Petaling Jaya baru-baru ini.

liveupdate ? . #CBKFinalViewingParty Cinta Bukan Kristal . ? 14 SEPT 2018 | Jumaat | 7 pm ? Damansara Performing Arts Centre . Organised by: . @ajscreamer @arm07_ @ninaiskandar_fc . Sponsors: @aurawhiteofficial @FRKL21 . #AydaJebat #Aryana #AdrianHilman #SharnaazAhmad #Sofea #NinaIskandar #SlotAkasia #AkasiaTV3 #TV3malaysia #AJscreamer #DramaSangat #OrangeTreeProduction

A post shared by AYDA JEBAT SCREAMER (@ajscreamer) on

Sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, Sharnaaz yang bergandingan bersama Ayda Jebat dan Nina Iskandar mengambil tawaran untuk menjayakan karya ini kerana jalan cerita yang menarik.

"Kali terakhir saya berlakon ialah menerusi drama bersiri Awak Sangat Nakal dan Mr Hijab. Selepas itu, saya berkahwin dengan Nabila dan tidak muncul dalam drama bersiri atau telefilem.

"Saya mengambil tawaran ini kerana jalan cerita yang menarik dan memaparkan realiti kehidupan yang berlaku zaman sekarang. Saya juga selesa bergandingan dengan Ayda kerana pernah berlakon bersamanya dalam Awak Sangat Nakal.

"Terima kasih kepada peminat dan penonton yang menjadikan drama ini 'trending' di laman sosial Twitter saban episod," katanya.

Foto: Instagram Sharnaaz & AJ Screamer