Aktor popular, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada hari ini.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Nazim menjelaskan dia lebih suka meraikan hari jadinya kali ini dengan cara yang sederhana.

"Bersempena ulang tahun kelahiran ke -34 ini, saya tak nak kek dan hadiah, saya cuma harapkan titipan doa dari anda.

"Boleh taip doa itu sekarang, nak berdoa dalam hati pun boleh," tulisnya sambil berseloroh.

Di ruangan komen, antara rakan selebriti yang telah menulis ucapan kepadanya adalah Alicia Amin, Nabila Huda dan Betty Rahmad.

Bersempena ulangtahun hari jadi yang ke-34 ini, I tak nak kek, tak nak hadiah... I cuma harapkan titipan doa yang baik je dari U. Ok boleh taip doa tu sekarang... nak doakan I dari dalam hati U pun boleh. Terima kasih... ?? #160984

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on


Nazim mula aktif di industri hiburan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.