Penyayi popular Siti Nordiana atau Nana mempunyai perancangan untuk menghasilkan single duet bersama Khai Bahar.

Menerusi laporan HLive!, Nana menjelaskan mereka berdua telah lama merancang untuk melancarkan single duet tetapi sering dihalangi jadual kerja yang sibuk.

"Sudah lama saya dan Khai merancang untuk berduet bersama tetapi masing-masing mempunyai jadual kerja yang padat.

"Lagu tersebut sudahpun siap ditulis oleh Khai dan kini kami sudah bersedia untuk proses rakaman, insya-Allah ia akan menemui peminat pada tahun hadapan," ujarnya.

Selain itu, Nana turut mengatakan lagu tersebut mempunyai elemen Melayu yang diminati oleh peminat masa kini.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).