Selebriti terkenal, Datuk Afdlin Shauki menjelaskan dia mempunyai perancangan untuk menghasilkan filem namun harus membuat penelitian dalam pelbagai perkara.

Menerusi laporan HLive!, Afdlin mengatakan dia sudah mula menulis skrip untuk filem terbarunya Mamadom, namun tarikh untuk mula menghasilkan filem itu masih dalam perancangan.

"Bercakap tentang perancangan untuk hasilkan filem, saya sudah mula menulis skrip untuk filem yang saya bakal hasilkan yang bertajuk Mamadom.

"Mamadom ini umpama Papadom dalam versi wanita, namun begitu semuanya masih dalam perancangan dan saya harus meneliti beberapa perkara demi menjaga kualiti filem saya," ujarnya.

Afdlin mula menjejakkan kaki di industri hiburan pada tahun 1990 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) .