Fikry Ibrahim Pernah Jadi Maskot Sebelum Bergelar Artis!

Hiburan
Fikry Ibrahim Pernah Jadi Maskot Sebelum Bergelar Artis!
Pelakon dan bekas peserta pertandingan Lawak Solo 2016, Fikry Ibrahim mendedahkan dirinya pernah bekerja sebagai maskot sambilan sebelum bergelar seorang artis.

Fikry menjawab soalan netizen yang bertanya tentang pekerjaannya sebelum muncul di industri hiburan menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram.

"Siapa Fikry sebelum popular?" tanya netizen.

"Seorang pelajar, maskot sambilan dan suka cuba pelbagai bidang perniagaan.

"Ada yang berpesan kepada saya, kalau dapat tawaran sesuatu kerja atau perniagaan, cakap saja tahu nak buat, kemudian baru kita boleh belajar," tulisnya.

Pada masa yang sama, Fikry masih belajar di Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Shah Alam namun perkara ini masih tidak diketahui ramai.
 

Artikel Berkaitan