Bintang rancangan realiti Big Stage, Afieq Syazwan, 21, mengakui masih ada kesalahan yang dilakukan pada persembahan minggu suku akhir.

Namun begitu, Afiq tetap berasa berbaloi dengan persembahannya pada Ahad lalu.

"Saya mengaku masih ada kesalahan yang dilakukan ketika persembahan tadi.

"Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana apa yang dirancangkan hampir keseluruhannya telah berjaya dilaksanakan.

“Saya mengakui peningkatan dari minggu pertama hingga suku akhir ini disebabkan hasil gabungan dua orang cikgu berpengalaman iaitu Ernie Zakri dan Shafi.

“Apa yang saya persembahkan pada malam ini sangat berbaloi dengan kesungguhan yang saya lakukan selama sesi latihan,” katanya.

Tambah Afiq lagi, walaupun komen yang diberikan oleh juri positif namun dia masih tidak berasa selesa dengan kedudukannya.

"Saya tidak boleh berasa selesa kerana masih belum puas dengan kedudukan sekarang.

"Banyak lagi yang ingin saya belajar sehinggalah ke minggu akhir," katanya kepada Gempak.

Afieq juga telah mendapat undian TikTok yang kedua paling tinggi bersama Sarah Suhairi dan Syafiq Farhain.

Pada konsert Big Stage Ahad ini, Afieq akan mempersembahkan lagu solo Melompat Lebih Tinggi nyanyian asal Sheila On 7 dan Muara Hati duet bersama Siti Nordiana.

Pada konsert minggu suku akhir ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menggunakan imuniti untuk menyelamatkan peserta daripada tersingkir.

Siti telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih Wani untuk diselamatkan.

Secara tidak langsung, pada minggu lepas tidak ada penyingkiran yang berlaku di konsert Big Stage.

Selain Siti dan Faizal Tahir, Jaclyn Victor juga memainkan peranan sebagai juri jemputan untuk konsert minggu suku akhir.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Hanya enam bintang yang masih kekal di Big Stage iaitu Afieq Syazwan, Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Shafiq Farhain, Wani Kayrie dan Baby Shima.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi TikTok dan mengundi peserta Big Stage kegemaran anda pada setiap minggu.

Bagaimana cara untuk mengundi para peserta Big Stage :-

1. Muat turun aplikasi TikTok di App Store dan Google Play - https://go.onelink.me/BAuo/4bac9f0f
2. Log masuk atau daftar menggunakan akaun sosial media anda
3. Sambung dan sahkan log masuk
4. Klik banner Big Stage pada laman ikon bumi Discovery Page
5. Klik banner Big Stage untuk memasuki halaman mengundi
6. Anda mempunyai 10 undian sehari dan hanya 1 undian untuk setiap peserta
7. Terma dan Syarat tertakluk

Undian anda yang akan menentukan siapa peserta Big Stage yang akan tersingkir.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program itu!

Bila @ariffbahran @sarahsuhairi @sherry_alhadad buat #TikTok secara live atas pentas. Sherry nmpk mcm kejutan budaya je ? Donwload aplikasi #TikTok undi mengundi peserta #Bigstage @astrogempak #TikTok #TikTokMalaysia #DominasiBBNU

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

#BigStage contestants @wanikayrie @afieq.shzwn and choreographer @hanafirosdi_hr show you how to dance like a pro with simple moves!⁣ ⁣ Hashtag #motordance and join this challenge!⁣ ⁣⁣ #tiktokmalaysia #tiktokhot #tiktok #tiktokgeneration #tiktokmy #dance #dancer #tiktokers #creative #motor #fun #dominasibbnu #selfie⁣⁣

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

Still remember @sarahsuhairi and @ariffbahran doing TikTok challenges on #bigstage ? ⁣⁣ ⁣⁣ Check out their work here!⁣⁣ ⁣⁣ #turndownforwhat challenge.⁣⁣ ⁣⁣ #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokmy #tiktokgeneration #tiktokers #tiktokhot #selfie #creative #nice #cool #funny #dominasibbnu ⁣⁣ ⁣⁣

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on