Vivo telah mengumumkan dua model baru iaitu Vivo V11 dan V11i dalam sebuah acara yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, hari ini.

Kuasa baru Al kepada siri V popular datang dengan kamera Al yang membantu pengguna menangkap momen gambar yang sempurna dalam sebarang senario.

V11 adalah yang pertama dalam siri V yang menggabungkan Teknologi Pengimbasan Cap Jari dalam paparan, meneruskan teknologi Vivo dalam keselamatan biometrik, sambil mengekalkan reka bentuk yang anggun dan bergaya.

Selaku duta kepada jenama Vivo, Janna Nick dan Alvin Chong turut hadir di majlis tersebut.

Turut berlangsung di majlis yang sama adalah pameran produk yang terdiri daripada pereka fesyen terkenal antaranya Seth dan Luna, Ridzuan Alias dan ramai lagi.

Majlis pelancaran itu turut mengadakan sebuah sesi berkongsi pengalaman bersama jurugambar yang telah menggunakan telefon pintar Vivo V11 dan V11i.

Antara artis yang telah membuat persembahan adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Janna Nick, Alvin Chong, serta dua bintang dari program realiti Big Stage, Sarah Suhairi dan Afieq Shazwan.

Majlis penutupan telah berakhir dengan acara cabutan bertuah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1000.